• photo_2024-10-03_01-25-46
1

[READYSTOCK] Cinta Untuk Sekali Lagi

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Venera Bibliophile
Worldwide shipping
Secure payments | Venera Bibliophile
Secure payments
Authentic products | Venera Bibliophile
Authentic products

**BUKAN ADAPTASI DRAMA CINTA, UNTUK SEKALI LAGI**
** BUKAN ADAPTASI DRAMA CINTA SEKALI LAGI **

Menolak luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gula.

"I'm worried my stern face will hurt them even more," - HUZAIR

Serius, Falisha rasa digeletek dengan kepolosan Huzair! Kebetulan demi kebetulan mempertemukan mereka. Huzair juga menjadi adiwira Falisha dan adiknya. Setelah hubungan mereka menjadi lebih rapat dan mesra, kemunculan Dianne menjadi punca keretakan.

"Kalau kau ada masalah dengan Dianne... Jangan lepaskan pada aku," - FALISHA

Falisha bengang dengan perubahan sikap Huzair tapi dalam masa yang sama, dia juga sedar sesuatu.

"Aku rasa aku suka kau," - FALISHA

Jika kebiasaannya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku? Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada untuk mendekati Falisha. Dilayan acuh tak acuh pun, Huzair tidak berundur hatta setapak.

"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi," - HUZAIR

Itu pinta Huzair kerana dia sedar ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama. Tetapi dapatkah Falisha buka pintu hatinya dan berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?