• photo_2024-10-03_01-25-42
1

[READYSTOCK] Luth

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Venera Bibliophile
Worldwide shipping
Secure payments | Venera Bibliophile
Secure payments
Authentic products | Venera Bibliophile
Authentic products

Kerana satu malam yang menemukan Hazel dan Luth buat pertama kali, mereka akhirnya dipaksa berkahwin meskipun Luth sudah beristeri.

"Apa pun yang berlaku, saya tetap akan bertanggungjawab." - Luth

Hazel tidak sukakan lelaki seperti Luth yang berwatakkan 'good boy'. Bagi Hazel, lelaki itu boring, tak menarik dan tak mencabar. Namun saat dia disahkan hamil anak kembar, jiwanya mula memberontak. Hatinya semakin sakit dan emosinya makin tak stabil apabila Luth banyak menghabiskan masa dengan madunya, Aina.

"Kalau you tak boleh bersikap adil, I gugurkan kandungan ni. You jangan cabar I, Luth. I tak suka budak-budak ni dan I benci you dengan Aina! So pilih, baby atau Aina?"

Kerana lima tahun berkahwin dengan Aina tanpa zuriat, Luth akur dengan permintaan Hazel. Sembilan bulan masa yang diminta agar seluruh perhatian diberikan kepadanya, dituruti.

"Lepas I bersalin, you ceraikan I. Budak-budak ni, you dengan Aina boleh ambil. Susu I pun jangan harap budak-budak ni nak rasa. Lagi satu,  jangan pernah muncul lagi depan I sampai bila-bila." - Hazel  

Permintaan Hazel dirasakan terlalu gila. Makin gila dibuatnya apabila Aina tiba-tiba disahkan hamil juga sedangkan Hazel sedang menanti waktu untuk melahirkan.  

"Aina tak nak budak-budak tu, abang. Kita akan ada anak sendiri. Darah daging kita sendiri." - Aina  

Luth dihimpit dilema, antara permintaan Aina dan Hazel. Namun pada saat satu rahsia diketahui, Luth rasa dia suami paling dayus dan bodoh walaupun nampak hebat mempunyai dua isteri.

"Kau nak aku simpan kau lagi? Kau nak aku simpan kau dengan zuriat yang bukan daripada benih aku ni? Jangan harap! Kau berhambus! Berhambus!" - Luth  

Kerana kesabaran makin menipis, penipuan sang isteri tidak dapat diterima. Luth bungkam dan dia terus menghilangkan diri.

"Bila I sedar semuanya dah terlambat. Hati you dah tertutup rapat dan menyukarkan I untuk masuk-" Hazel

"Kalau Aina pergi, adakah abang akan benar-benar bahagia dengan Hazel?" - Aina

Luth, bukan dua isteri yang dia mahu. Sedar kekurangan diri dan kemampuannya. Namun, apakah takdir yang tertulis dalam rumah tangga mereka?