{PRE-ORDER} Aku Shark, Suami Dia!
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
"Siapa suruh kau panggil aku abang? Tak pernah lagi dalam dunia ni ada orang gelarkan aku abang, kau tahu tak?"
"habis? Kalau bukan abang, abang nak suruh saya panggil apa? Sayang?" soal Suraya.
Shark tersenyum sinis. Kepala digelengnya perlahan memandang Suraya dihadapannya. Haih kecik besar kecik besar sahaja aku pandang perempuan ini. Macam manalah aku boleh setuju nak bawa balik minah tak betul ni?
"call me Tuan Shark, bukan abang dan bukan sayang. Kau panggil aku dengan panggilan tu sekali lagi, payung ni aku ketuk dekat kepala kau. Faham?!" ujar Shark memberi amaran pada gadis itu sambil dia mengacah-acah seperti ingin mengetuknya menggunakan payung hitam yang berada didalam bakul khas untuk menyimpan payung.
Suraya menabit tangan didahi, tanda dia menerima amaran lelaki itu. "Baik, Tuan Shark. Tapi saya peliklah. Mana ada orang nama Shark dalam dunia ni. Takkanlah mak ayah Tuan bagi Tuan nama Mohamad Shark? Ke... mak tuan pernah mengidam nak makan Shark?"
TUK!
Payung hitam itu diketuk pada kepala Suraya sehingga wanita itu mengaduh sakit. Hambik kau! Puas hati aku, sejak bila pula mak aku mengidam nak makan ikan jerung!